Sunday, August 4, 2013

Ramadhan Kareem.

Allahumma solliala saiyidina Muhammad. Heyya, Allahurabbi, lama betul tak update blog. Bersawang. Ha, Alhamdulillah, harini dah masuk malam ke 27. Cepat sungguh masa berlalu. 
Macam mana Ramadhan kalian? Okay kah? Penuh tak terawih? Yang lelaki tu, eloknya penuh. Sebab awak tu tak ada uzur syarie'. Perempuan lain lah. Hihi. 

Jangan lupa buru Lailatul Qadar. 
Malam ni malam 27 yang kebanyakan ulama kata malam ni lah malam Lailatul Qadar.
Wallahu'alam. 

Moga-moga. 

Tuesday, June 4, 2013

Flashmob Global March to Jurusalem

Allahuamma solliala muhammad, Alhamdulillah.... Apa itu Global March to Jurusalem (GMJ)? Hee, pengasasnya ialah Dr. Tengku Shahrom merangkap orang kuat juga ayahanda kepasa Tengku Ruqayyah (sahabat baru di flashmob). Allahurabbi, GMJ ni bertujuan sebagai satu tanda bahawa rakyat Malaysia juga mengambil berat, ambil tahu tentang saudara kita disana. 

Aku pergi 1 jun hari tu. Lokasi flashmob kami, Pavilion-Time Square- Sogo. Ya, memang memenatkan! Tapi, aku puas. Ya, puas. Jihad kecil ini sahaja yang mampu kami lakukan. Majoriti yang join, semuanya dalam belasan tahun. Alhamdulillah, anak muda sangat bangkit. Eh, 20++ pun ramai juga sebenarnya. 

Terlampau banyak dugaan yang kami dapat. Pak guard nak halaulah. Tak dapat kebenaran lah. Kadang aku terfikir, Malaysia ni negara Islam, tapi kenapa nak juangkan nasib saudara sendiri di tanah Malaysia ni payah sangat!? Ya, memang aku kesal. Seolah-olah kami ni buat kacau. Buat haru. Ingatlah, kami buat semua kerana saudara kita. InshaAllah, setiap dari kami niat kerana Allah. 

Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Allah tahu niat kami. Aku tahu semua ni dari Facebook, itu pun kak Zainab yang tag. (aku tak panggil dia kakak pun. hehehe). Dia antara wakil dari UKM. Dan ada beberapa orang lain lagi dari UKM. 

Promote : 7 JUNE ni MALAYSIA GLOBAL MARCH TO JURUSALEM , satu dunia buat. Malaysia buat kat Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Jemput hadir ramai-ramai ya~! :)

Monday, May 20, 2013

Hati di Jentik dengan BisikanNya

Alhamdulillah. Belog diupdate lagi. Walaupun tiada yang membaca. HAHA. Bukan itu yang menjadi kepentingan buat aku.

Nampak tajuk tu?
Alhamdulillah. 'Hati di Jentik dengan BisikanNya', bisikan siapa? Bisikan apa? 
Apa yang kita tahu, kita bertuhankan pada yang Satu. Hidup kita berpaksikan dengan keimanan. Tiang kita dibina dengan solat kita. Hidup kita semata-mata kerana DIA. 

Tapi, lumrah manusia jika terpesing dari landasanNya. Tergelincir dari  landasanNya. Terleka dek dunia yang kian sakan menyapa. 
Aku juga begitu. Ada kala, aku dekat denganNya. Adakala, aku jauh dariNya. 
Pernah aku berfikir sejenak, kenapa aku begini? Kenapa aku lakukan perkara yang Allah sendiri tak suka?
Lepas jenuh berfikir, kita masih belum dapat jawapan yang tepat. 
Apa orang kata, 'tepuk dada,tanya iman'. 

Apa khabar iman kita hari ni? Sihat? Mantap? Segar?
Atau, sakit? Tak mantap? Layu? 
Banyak faktor yang boleh menyebabkan iman kita, hati kita rosak. Pudar. Luntur. Macam kena clorox. 

Mungkin , kita jarang siram dengan ayat-ayatNya. Jarang buat amalan nawafil. Jarang berzikir padaNya.
Mungkin kita lebih dengan mendengar muzik yang melalaikan (dussh...dussh). Mungkin kita sering berfikir tentang perkara yang remeh. Yang kalau difikirkan pun, belum tentu mendatangkan faedah. 

Bukan Allah larang kita memikirkan sesuatu. Cuma, jika sampai block hati kita dari terus ingatkan Dia, mau nya salah? Kita kena betul-betul hidup berpaksikan Islam sebenar. Bukan hanya pada IC, pada lambang 'Negara Islam'. Islam selagi masih belum mekar di hati, di dada, tak ada makna jika ada niat menyebarkan Islam. 
Kita hayati Islam tu sendiri. Then kita sebarkan. 

Bisikan Allah, tatkala DIA menyapa, jangan kau endahkan. 
Tatkala, Dia menyapa, jangan kau butakan hati mu.
Hidayah itu bisikan. Bisikan dariNya untuk kau kembali padaNya. 
Kembali kepada fitrah kau dahulu.
Hidayah hanya datang dengan izinNya. Jangan kau harap jika ia datang setiap masa.
Hidayah itu berharga. Hidayah itu harta seorang mukmin. 
Bisikan iblis mampu ditegah dengan hidayahNya. InshaAllah.

Perbaharui iman,taqwa,taubat dan amalan :)
Salam'alaik.

Sunday, May 19, 2013

Lifestyle Budak SPM .

See whaaaaatt? Haha. Mengakulah yang kali ni baru terasa benar yang diri ni nak SPM. Nak habiskan sesi persekolahan tak lama lagi. Huaaaa. Macam tak caye je duu. Kejap betul masa berlalu. Tapi kan, aku tau aku memang nak SPM tahun ni, tapi malas gila nak study. Allah....kenapalah ni?! Aku pun tak tahu. Grrr. Pemalas! 

Nak kata tak ada target, ada je. Nak kata taknak masuk U. Aku nak masuk UIA lagi. Tapi, hampeh. Harapan tinggi, usaha tak ada. No use! Seriously. Rasa macam sesia. Midterm habis selasa depan. Khamis depan last day sekolah. Then cuti sem dah kiranya. Seminggu cuti, seminggu lagi datang sekolah selesaikan folio akaun. Me so busy okay! SPM SPM SPM. Hahaha.

Life jadi budak SPM ni boleh tahan best. Tapi seksa. Bak kata orang 'berkorban untuk tahun ni ja'. Oh man, not that easy kut. Banyak benda kena prepare. Bukan masuk dewan peksa terus boleh jawab. Mau 3 minit kau habis berdoa je moga dipermudahkan segala skill menjawab. Moga tak terlupa. Moga tak careless. Huhuhu. Kalau bukak paper dah tu terus blank tahap tak hengat cena? Huaaaa mau gigit kuku kau kat situ.
Kehkeekeh.

Baiki lifestyle. Kbai. Salamalaik'

Wednesday, May 15, 2013

Friendship

Hihi. Title bajet speaking bagai. Entri BM je. Haha. Okay, today, nak cakap pasal kawan-sahabat.
As we know, semua orang ada kawan. Ada sahabat. 
Apa beza sahabat dan kawan? Ada beza ke? Heh. Adalah!

Sahabat ni, mereka yang lebih gemar mengingatkan kita tentang akhirat. Tentang agama. Ilmiah.
Kawan ni pula, banyaknya untuk bergosip. Bergelak tawa. Bergembira. Tanpa rasa duka. Sebab, kawan ni, mostly lah, bila gembira, fulamaksss, ramai yang datang. Bila berduka, senyap!Tanpa bunyi cengkerik pun *krik..krik* Haha.

Sahabat ni lain. Dia memang lain lah. Segala tutur kata, pasti buat hati kita tersenyum. Untungnya siapa ada sahabat ni! Kawan pun, ada je kawan yang boleh ada dengan kita susah senang. Tu 1 dalam 100 namanya.
Hihi. 

Tapi, aku macam peliklah. Kalau kawan, kenapa kadang-kadang boleh bermasam muka? Boleh pulau-memulau. Ingat benda ni OHSEM sangat ke? Best sangat ke? Ada yang sampai seharian dia ambil langkah nak senyap je. Tak cakap apa. Pandang pun tak. Bukan tak wujud ye kawan macam ni. Ada je. Mungkin antara perasan dan tak je. 

Jenis macam aku, aku tak pandai nak buat tak layan. Paling paling pun aku akan senyap je kalau ada yang macam tu. Senyap sampai dia yang mula cakap. Sebab kekadang bila kita tegur, kawan tu jawab ya tak ya je. Dari duk maki dalam hati, baik senyap je kan? HAHAHA. Aku rasa macam tu la. Tapi, takpe, positivekan je apa pun tindakan. Lagi-lagi kawan yang kita kenal lama. 

Ingat juga, kawan lama ni bukan semestinya kawan sejati.Kawan baru mungkin boleh jadi kawan yang the best untuk kita. Cuma, sayangkan kawan-sahabat kita tu. Api bukan dibalas dengan api. Takkan dia dingin, kita pun nak dingin. Kan? Kita kena chill. Kasi dia space. Macam korang buat dgn pasangan korang. Heh, siapa yang tak ada pasangan couple, kita sama.! *sepp*

Okay, adios~~

Tuesday, May 14, 2013

Big Step. Maybe.

:) Have a nice day? Yes? No? Alhamdulillah. Me, worst. A bit la. Tapi boleh go on lagi apa. Alhamdulillah lagi sekali. Hmm. You know what, hati kita ni kan, bila rasa berdosa, kita akan rasa diri kita hina. Yes, depan Allah. Itu lah yang utama. Setengah orang, bila dah taubat, dia ulang balik. Eh, takpe! Yang penting dia taubat lagi. Allah sukakan hambaNya yang gemar bertaubat. Past few days, aku ada rasa macam aku ni bersalah. Salah sangat. Aku berbalas mesej dgn bukan muhrim ku T_T  Allahurabbi. Aku rasa lain dah.
Then, dua hari lepas, dalam pukul 1 pagi, aku mesej 'dia' tu. Aku cakap yang aku tak nak la mesej selalu dengan dia segala. Alhamdulillah, dia okay :) Lega hati aku. 
Memang macam payah nak tinggal habit tu. Lumrah kut. Dah TERjadi darah daging. Nak kikisnya macam liat gila! HAHA. Okay, after that, esoknya dia mesej dia kata dia bagi number tu dekat sepupu dia. Aku macam pelik. Dulu pun jadi benda yang sama. And now, benda tu ulangbalik.? Huh? Macam pelik je. Macam keadaan ni kebetulan ke, ada apa apa. Heh. Entah lah. Yang aku tahu, mungkin aku akan tukar number. Oh , bukan MUNGKIN, tapi DAH tukar. Dah beli. Tak guna lagi je. Serius, aku tak dapat cerna langsung apsal dia tu buat macam tu. Heh. Tapi, positifkan diri sudahlah kan? ;)
Then, aku deactive Facebook and twitter. Haha. Tak penah penah dgn twitter sekali . Entah la, nak taknak aku buat semua bersebab. Aku rasa aku perlu.

First, memang sebab tgh midterm and nak SPM kut, nak try kurangkan bersosial di laman sosial. Blogging tu okay lagi rasanya.
Second, nak lari. Lari dari apa? Haha, dari ____________ . Okay, tak penting!
Haha. Third, aku rasa benda tu kadang-kadang melekakan aku sendiri. Hee. Ada good things tu ye jugak. Bukan bad things je kan.? 
Apa pun, sekarang memang tengah tumpu kat midterm. 
Err, tumpu tapi boleh update blog? Err, yes? Hahaha. Aku jenis study last minute untuk exam cemni.
SPM nanti, inshaAllah bukan style gini deh ^^,

DOAKAN AKU DALAM SPM NANTI YE :D

Monday, May 6, 2013

Mid Term

Hahaha. K aku memang tengah exam pun sekarang ni. Err. Tapi aku selamba badak je online dan tak baca buku langsung. SILA JANGAN IKUT TABIAT INI YA! 
Bukan tak mau baca. Tapi, malas lah. Penyakit ni serius susah gila nak bendung. 

Aku rasa sejak ada notebook sendiri, makin menjadi-jadi nafsu online aku.
Aku rasa, aku patut tinggalkan benda benda ni jap. Untuk 5-6 bulan je.
Bukan tinggal, langsung tak bukak. Tapi jarangkan dia.
Kang SPM result tak gempak, mulalah nak nanges. 
Hempuk diri sendiri lah masa tu.

Eh, paper Sejarah kertas 2 Jumaat lepas susah gila. 
Aku tensi gila nak jawab!
Boleh gugur rambut aku haritu.
Baca je buku. Masuk je apa yang aku baca.
Tapi, aku blank ! Blank!

Esok, Selasa paper BM. Oh ya, kalau markah 90 masa UP1 turun, memang aku marah diri sendiri.
Memang macam payah je nak kekal. Tapi, aku cuba. 

Target untuk kali ni 6A. Masa UP1, 4A je dapat. 
Takpe, aku usaha. Sampai boleh gapai semua tu.
InshaAllah. 

Mid Term ni bagi aku macam percubaan SPM dah. 
Tak ada masa mau memain.
Kalau tak sampai bila nak berjaya.
Result tu lain hal.
Sekarang ni, usaha, doa,ikhtiar dan tawakal.

Ha, onemore, aku ni liat gila nak bangun qiam.
Dah bulan 5, tapi qiam pun tak pernah.
Allah, sedihnya. 
Quran pun aku sentuh bila sabtu ahad je.
Sebab malam, aku tusyen. Petang, aku penat, tidur. Kadang balik lambat.

Ha, nampak tak langsung tak seimbang dunia aku?
Allah,,lembutkanlah hati aku nak bangun qiam.
Jadual baca quran pun aku nak atur, biar aku baca hari-hari.

Aku decide aku baca lepas asar. Mudah.
InshaAllah
Qiam ni, kena ada org kejut. Uhuu
Siapa nak kejut aku? :/

Takpe, Allah boleh tolong kejutkan :)