Sunday, December 19, 2010

kelebihan surah al mulk

SurahAl Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkanpembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan sepertiyang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. IbnuAbbas menceritakan:

" Pernahsuatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Merekasebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapaketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orangmembaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnyadari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah diatas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulkadalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azabneraka."

Meskipunbegitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Disini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi manalelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya.Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Akusungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulksehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapamembaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalamkuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan MunkarNakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnyadi dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah ituialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantubersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalamSyurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagiansurah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yangmengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepadaorang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka danmemasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "SesungguhnyaRasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkansetelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnyasurah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Iaakan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntutkelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapamengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atassayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnyasurah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsiadan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapatrahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semuamanusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapamembaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya iamendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala didalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satuseruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surahAl Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

No comments:

Post a Comment