Saturday, September 29, 2012

Sign from Allah

Hi! Okay. After agak lama tak mengupdate blog. Hati hari ni terbuka nak update. Miahaha~Ok tajuk tu mengenai apa? 

Tajuk yang aku nak kongsi hari ni, pasal diri kita sendiri. Kita dengan Allah. Pencipta kita. Tapi apa kena mengena dengan TANDA? anddd yes! memang ada kaitan. Tanda yang aku maksudkan dalam ni adalah HIJRAH. Hijrah yang bermaksud kembali kepada fitrah balik la kiranya. Mungkin sebelum ni kita sering tinggalkan Dia dan sibuk dengan dunia. Ada macam tu? 

Ada. Mereka ni lah orang yang perlu berhijrah. Berhijrah kearah kebaikan. Bukan keburukan. Semua orang nak masuk syurga Allah kan? Aku kalau boleh nak tarik sama orang lain masuk syurga. Tapi masalah zaman sekarang ni. Kenapa guna alasan tak bersedia lagi? Kenapa takut nak berubah demi Allah? Dan kenapa takut dijauhi rakan rakan kerana perubahan diri kita? 

Aku tahu rasa tu! Aku sendiri pernah alami. Tapi yang menguatkan aku ialah TANDA. Ya! Tanda dari Allah :) 
Tahu tak, bila berkeinginan nak berubah. Itu bermaksud Allah dah bagi tanda. Untung bukan? Tapi tak kan       
kita nak tunggu je tanda tu datang sendiri? Kita sendiri kenalah cari sayangggg. Jangan duduk, tunggu hidayah dan tanda Allah sampai. Pemalas! Islam tak suka orang yang malas. Ingat tu.

Kalau betul nak ubah diri. Percayalah yang Allah akan bantu. Dia akan hantar someone yang bimbing kita jumpa Dia. Dekat dengan Dia. Janji Allah itu pasti. Bukan macam janji manusia. So, jom berhijrah! Hijrah kepada Allah. Tanda dari Dia dah sampai mungkin. 

Selamat berjaya! Moga jadi muslim/muslimah yang awesome dengan agamaNya :D

1 comment:

  1. Nak berubah tu memang susah. Perlukan pengorbanan mungkin ? Pengorbanan hati. Jiwa. Diri. Kak Yaa. Terus cekalkan hati ^^ Jangan lupa doakan Aina jugaak. May Allah Bless You syg. May Allah Bless Us.

    ReplyDelete