Friday, March 29, 2013

Dambakan CintaNYA

Aku sering tanya pada diri.
Apa yang aku lakukan untuk gapai cintaNYA?
Adakah benar aku sedang mencari cintaNYA?
Atau hanya pungpangpungpang dalam hati?

Gulp..

Aku sering perhati si pencinta Allah.
Aku cemburu.
Aku mahu seperti dia.
Memiliki ketaqwaan yang utuh.
Tidak pernah berpaling dari jalannya.
Jika tersasar sekali pun, mudah untuk pulang ke jalanNYA.

Tapi..
Aku tahu, aku tak boleh jadi dia.
Sebab aku kena jadi yang lebih baik dari sekarang. 
Maksudnya, aku tak mahu tiru gerak dan gerinya.

Aku cuma mahu menjadi 'aku' yang baru.
Bukan menjadi 'aku' disebalik 'dia'.
Kekadang, aku rasa aku ni sangat jauh.

Jauh dari cinta,rahmat dan redhaNya.
Hati ini rasa kosong.
Kosong tanpa muhasabah.
Kosong tanpa motivasi.
Kosong seperti tanpa DIA.

Aku ingin gapai cinta DIA.
Tapi amal ku seolah-olah jauh dari cara nak capai cintaNYA.
Allah...

Jangan gelar ku solehah.
Jangan gelarku alim/alimah.

Jangan dek kerana aku memakai hijab yang labuh, 
kalian menggelar ku ustazah.
Aku tak layak. 
Aku masih mentah.

Apa yang aku perlukan sekarang,
bimbingan. Dorongan serta teguran dan nasihat.

Mari menjadi seseorang yang BARU :)

No comments:

Post a Comment