Monday, May 20, 2013

Hati di Jentik dengan BisikanNya

Alhamdulillah. Belog diupdate lagi. Walaupun tiada yang membaca. HAHA. Bukan itu yang menjadi kepentingan buat aku.

Nampak tajuk tu?
Alhamdulillah. 'Hati di Jentik dengan BisikanNya', bisikan siapa? Bisikan apa? 
Apa yang kita tahu, kita bertuhankan pada yang Satu. Hidup kita berpaksikan dengan keimanan. Tiang kita dibina dengan solat kita. Hidup kita semata-mata kerana DIA. 

Tapi, lumrah manusia jika terpesing dari landasanNya. Tergelincir dari  landasanNya. Terleka dek dunia yang kian sakan menyapa. 
Aku juga begitu. Ada kala, aku dekat denganNya. Adakala, aku jauh dariNya. 
Pernah aku berfikir sejenak, kenapa aku begini? Kenapa aku lakukan perkara yang Allah sendiri tak suka?
Lepas jenuh berfikir, kita masih belum dapat jawapan yang tepat. 
Apa orang kata, 'tepuk dada,tanya iman'. 

Apa khabar iman kita hari ni? Sihat? Mantap? Segar?
Atau, sakit? Tak mantap? Layu? 
Banyak faktor yang boleh menyebabkan iman kita, hati kita rosak. Pudar. Luntur. Macam kena clorox. 

Mungkin , kita jarang siram dengan ayat-ayatNya. Jarang buat amalan nawafil. Jarang berzikir padaNya.
Mungkin kita lebih dengan mendengar muzik yang melalaikan (dussh...dussh). Mungkin kita sering berfikir tentang perkara yang remeh. Yang kalau difikirkan pun, belum tentu mendatangkan faedah. 

Bukan Allah larang kita memikirkan sesuatu. Cuma, jika sampai block hati kita dari terus ingatkan Dia, mau nya salah? Kita kena betul-betul hidup berpaksikan Islam sebenar. Bukan hanya pada IC, pada lambang 'Negara Islam'. Islam selagi masih belum mekar di hati, di dada, tak ada makna jika ada niat menyebarkan Islam. 
Kita hayati Islam tu sendiri. Then kita sebarkan. 

Bisikan Allah, tatkala DIA menyapa, jangan kau endahkan. 
Tatkala, Dia menyapa, jangan kau butakan hati mu.
Hidayah itu bisikan. Bisikan dariNya untuk kau kembali padaNya. 
Kembali kepada fitrah kau dahulu.
Hidayah hanya datang dengan izinNya. Jangan kau harap jika ia datang setiap masa.
Hidayah itu berharga. Hidayah itu harta seorang mukmin. 
Bisikan iblis mampu ditegah dengan hidayahNya. InshaAllah.

Perbaharui iman,taqwa,taubat dan amalan :)
Salam'alaik.

No comments:

Post a Comment