Tuesday, June 4, 2013

Flashmob Global March to Jurusalem

Allahuamma solliala muhammad, Alhamdulillah.... Apa itu Global March to Jurusalem (GMJ)? Hee, pengasasnya ialah Dr. Tengku Shahrom merangkap orang kuat juga ayahanda kepasa Tengku Ruqayyah (sahabat baru di flashmob). Allahurabbi, GMJ ni bertujuan sebagai satu tanda bahawa rakyat Malaysia juga mengambil berat, ambil tahu tentang saudara kita disana. 

Aku pergi 1 jun hari tu. Lokasi flashmob kami, Pavilion-Time Square- Sogo. Ya, memang memenatkan! Tapi, aku puas. Ya, puas. Jihad kecil ini sahaja yang mampu kami lakukan. Majoriti yang join, semuanya dalam belasan tahun. Alhamdulillah, anak muda sangat bangkit. Eh, 20++ pun ramai juga sebenarnya. 

Terlampau banyak dugaan yang kami dapat. Pak guard nak halaulah. Tak dapat kebenaran lah. Kadang aku terfikir, Malaysia ni negara Islam, tapi kenapa nak juangkan nasib saudara sendiri di tanah Malaysia ni payah sangat!? Ya, memang aku kesal. Seolah-olah kami ni buat kacau. Buat haru. Ingatlah, kami buat semua kerana saudara kita. InshaAllah, setiap dari kami niat kerana Allah. 

Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Allah tahu niat kami. Aku tahu semua ni dari Facebook, itu pun kak Zainab yang tag. (aku tak panggil dia kakak pun. hehehe). Dia antara wakil dari UKM. Dan ada beberapa orang lain lagi dari UKM. 

Promote : 7 JUNE ni MALAYSIA GLOBAL MARCH TO JURUSALEM , satu dunia buat. Malaysia buat kat Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Jemput hadir ramai-ramai ya~! :)

2 comments: