Tuesday, January 24, 2012

Alhamdulillah , Terima Kasih Allah

sungguh , damai jiwa aku kala ini . Allah , Kau kirim kan aku sahabat yang menyokong tindak tanduk ku :) perkenalan yang singkat , singkat yang memberi barakah Mu . bukan seorang , tapi 10 orang . Allah , sebelum ini mungkin aku lupa untuk bersyukur pada nikmat Mu . Khilafnya aku . Kedatangan kawan kawan yang banyak menyedarkan aku betapa jauhnya aku dengan Mu , telah membuka hati ku untuk lebuh mencintaiMu . Subhanaallah . Hari ni terdetik dalam hati aku nak tanya sorang kawan aku :) 
aku : anti , boleh ana tanya siket? 
sahabat : ye , silakan :)
aku : ana nak tanya , sejak bila anti mula pakai tudung labuh? ana malu nak tanya , tapi kena tanya juga 
sahabat : hehe , jangan malu untuk bertanya , ana mula pakai dari sekolah rendah , anti nak join? jom ! alhamdulillah .
saat tu aku rasa sebak . sebak sebab dia sokong aku :) terimakasih anti
aku : hehe , alhamdulillah ana dah mula , perlahan lahan , ana takot nak mula kan sebenarnya , ana stay KL kawan pun biasa biasa je, sejak kenal dengan hampa semua , ana rasa ana lebih memerlukan masa untuk mendalami Allah dan Islam ..
sahabat : Inshaallah , ana doakan anti berjaya , Allah sentiasa dengan anti , cuba tengok surah ankabut ayat 69 . 
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
*aku pun baca then berfikir . 'Ya, Allah sentiasa bersama aku'

aku : :) betul tu , Allah bersama sama kita .
sahabat : ana doakan anti untuk yang terbaik , usrah tu penting , ke anti dah mula join usrah? 
aku : usrah? ana teringin nak join , tapi tak tahu dekat mana .
sahabat : dekat Azhar ada . tapi ana taktahu pula dekat KL macam mana . Anti ! jum study dekat Kedah :)
aku : hehe , kalau boleh ana memang nak belajar dekat sana , tapi nak buat macam mana kan , ana tak boleh . :D
Alhamdulillah , aku jumpa jalan aku kini :)







2 comments:

  1. as salam
    hidayah milik Allah...
    tu patut kita ingat
    sekali kita dpt,jgn lepaskn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Sekali kita lepas. Pasti jiwa rasa kosong.

      Delete